Penggunaan Sebenarnya.my dan Chatbot AIFA kepada Petugas NADI Anda
12 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 11 Mac 2025, telah berlangsung Program Penggunaan Sebenarnya.my dan Chatbot AIFA kepada Petugas NADI Anda. Program ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09:30 pagi sehingga pukul 10:30 tengah hari. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang program ini berlangsung, wakil MCMC memberi penerangan mengenai apa itu AIFA, tarikh dilancarkan, initiatif, cara berfungsi dan kebolehcapaian kepada staf NADI. Seterunya wakil MCMC memberi penerangan mengenai mengenai objektif utama AIFA. Akhir sekali, wakil MCMC memberi penerangan mengenai perbezaan AIFA dan Bot Ai lain di pasaran seperti ChatGPT, Deepseek dan Google Gemini.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan staf NADI tentang Penggunaan Sebenarnya.my dan Chatbot AIFA. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan antara staf NADI dan pihak MCMC.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: